Assalamualaikum buat kalian yang
diredhai Allah sekalian… moga sentiasa berada didalam perlindungan dan rahmat
Allah…
Entri ku pada kali ini untuk
mengdescribekan seseorang gadis genit yang sangat aku kagumi… dia adalah insan
yang banyak membawa aku untuk muhasabah diri yang hina ini… walaupun kami
langsung tidak pernah ketemu.. tetapi ayat-ayat yang dipost di fb nya setiap kali sgt memberi kesan mendalam ke
dalm jiwa ku yg hampir musnah ini… musnah dek kekotoran hati yang sudah lama
tidak dicuci dengan amal ibadah dn zikir kepada Allah… Astagfirullahalazim…
Satu hal yang aku belajar dari
dia seorg remaja cilik yang comel, cantik berbadan kecil bersuara lembut, lagi
bijaksana pemikirannya dan sungguh puitis dengan kata-kata. Setiap penulisannya
menjadi penantian ku untuk membacanya.. aku rase bukan aku sahaja yg ternanti2,
mgkn juga setiap pembaca setianya juga yang tidak jemu2 membaca setiap article/
penulisan yang cuba disampaikan oleh adik yang dikurniakan kebijaksanaan ini…
bagi aku dia hanya gadis biasa yang sama seperti semua orang.. jadi terlintas
dihatiku… jika adik ni mampu mentaddabur alquran dan memahaminya dengan baik..
x kan aku x boleh.. x kan aku x mampu mempunyai ilmu sepertinya… kene sentiasa
bersangka baik… Allah utuskan dia untuk menyampaikan ayat2 yg baik supaya dpt
membangunkan ummah yang berkiblatkan tuhan.. nah, salah seorg ummah tu adalah
akulah… syukur Alhamdulillah… Allah memberi aku
kesempatan ini untuk aku memahami alquran dengan lebih mudah mnerusi
perkongsian adik ini yang mana bagi aku penyampaiannya sgt menarik.. dia banyak
mngaitkan ayat-ayat alquran/ kata-kata motivasi melalui pengalamannya sendiri…
dia bijak menghuraikan isi hatinya meneroka alam kehidupan ini dengan berbalik
kepada tuhan… sungguh positivekan jika apa-apa yang berlaku kita kaitkan dengan
Allah sentiasa.. nah, kata-katanya sungguh menyedarkan aku bahawa tiada siapa
yang bodoh dan tiada siapa yang pandai… siapa yang rajin mencari maka dialah
orang2 yang berilmu… dalam al-quran pun ada menyebut.. “ tiada org yang mampu
mengubah nasibmu melainkan diri kamu sendiri” maka bertekad dan berusahalah
dengan daya dn diri sendiri untuk bangkit mengubah dimensi diri yang baru… yang
baru dengan ilmu yang bertambah… iman yang meningkat, akhlak yg mulia… mga
Allah merahmati..
Allahurobbi.. sungguh aku sudah
jatuh cinta kepadanya.. walaupun dia sejantina denganku.. erk bukan lesbian ye…
tapi aku senang dengan setiap kata-katanya yang sering menyedarkan aku tentang
kehidupan ini.. lontaran idea yang cuba disampaikn menerusi penulisannya sgt
memukau aku utk terus mengikuti perkembangannya.. aku sungguh kagum dengan
kematangan fikirannya yang mana aku rase
dia sgt hebat berbanding aku yg lebih tua drpdnya beberapa tahun… adik
yang aku tujukan.. sensungguhnya Engkau Maha Mengetahui wahai Allah kepada
siapa yang aku tujukan… moga adik sentiasa dirahmati Allah.. moga dengan
kehadiran adik dalam hidup akak, dapat merubah akak menjadi seorang yang lebih
baik daripada yang sebelumnya.. amin amin amin ya robbal alamin.. terima kasih
ya Allah :’)
diari hati,
*insan yang hina dan penuh dengan
dosa